Klik Klik Sini Jap

Saturday, 6 July 2013

MUSLIMAH TSHIRT

Salam...jika berminat boleh sms saya..0194714929..Muslimah Tshirt Jenama Wafiyya..Muslimah Qaseh dan Aqeela..


AQEELA(red)-NURSING
(belakang baju plain hitam)
Material : 100%
PRICE: RM49.00
Size: XL

Material : 100% Cotton (AQEELA BRAnd)
Color : PURPLE
Sizes : RM45.00
SIZE :M

MATERIAL : 100% COTTON
COLOR: PINK STRIPE
PRICE: RM55.00
SIZE : 2XL

MATERIAL : SOFT DENIM
COLOR : BLACK WITH MELANCE MOTIF PRINTED
PRICE : RM59.00
READY STOCK:SIZE XL

MATERIAL : 100 % COTTON
COLOR : RED WITH ASST THREAD
PRICE : RM59.00
READY STOCK:SIZE L

MATERIAL : 100 % COTTON
COLOR : WHITE WITH LACE SMALL FLORAL PRINTED
PRICE : RM59.00
READY STOCK:SIZE L

MATERIAL : 100 % COTTON
COLOR : BLACK WITH ABSTRACT BUTTERFLY MOTIF PRINTED
PRICE : RM59.00
READY STOCK: SIZE L

MATERIAL : 100 % COTTON 
COLOR : MUSTARD YELLOW WITH BATIK PRINTED
PRICE : RM59.00
READY STOCK: SIZE L


Tuesday, 4 June 2013

Tempahan Hantaran Coklat Ferrero Rocher

Aduhai lamanya tak berblogging...di kesempatan ini saya upload beberapa hasil tangan hantaran tempahan rakan baik saya...maybe boleh datangkan ilham kat sesapa yang nak buat macam ni..kalau ada yang nak tempah pun boleh contact saya...rata-rata kalau florist seratus keatas bagi 24pieces coklat ni tupun simple je..saya ni banyak letak reben..ok enjoy view gambar ni yer...








Thursday, 28 February 2013

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalammualaikum..salam Jumaat buat semua..Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang bernafas di bumiNya ini..Jumaat muncul lagi...Jumaat membawa seribu erti..

Jumaat penghulu segala hari,
Jumaat hari yang dinanti,
Terima kasih Allah atas rahmatMu
Beriku peluang selagi ada waktu..

Semoga yang salah dapat dibetulkan,
Yang betul dapat diperelokkan,
Semoga apa yang berlaku jadi pedoman,
Kepadamu Allah kumohon keberkatan..
Amin ya rabbal alamin..


Sunday, 24 February 2013

Alhamdulillah..syukur Ya allah

         Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menghirup udara segar sampai ke hari ini..Melewati angka 8tahun bergelar guru..hari ini saya menerima ucapan tahniah daripada beberapa orang rakan di sekolah yang terlebih dahulu mengetahui berita ini..Alhamdulillah sekali lagi..Jabatan Pelajaran  Perak telah meluluskan permohonan naik gred ke DG44 dan memanjangkan permohonan ke JPN...
         Hanya senarai nama yang baru keluar..dulu naik gred kene tunggu 10 tahun dan lebih tapi kali ni 8 tahun dah boleh..tak sabarnya menunggu surat dari KPM..semoga semuanya berjalan lancar..Oh lupa pulak...encik hubby pun sama jugak..tahun ni tahun ke 9 mengajar...nama hubby pun ada dalam senarai..so sama-sama kita tunggu yer surat hitam putihnya hihi...






Thursday, 21 February 2013

MUHYIDDIN MINTA SEKTOR AWAM TUNGGU 'BERITA BAIK' PM

Kredit To:

Sinar Harian
JAMILAH HAMZAH
21 Februari 2013

                                                                                                Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Saturday, 16 February 2013

Resepi Spiral Goreng

Hari ni menu sarapan perabih apa yang ada..godek godek resepi dalam internet banyak yang tak de so saya olah ikut suka dan sesedap rasa...

Resepi Spiral Goreng

Bahan-bahannya
1/4 bungkus spiral San Remo
Sedikit butter untuk menumis
Bawang besar selabu di potong dadu
Bawang putih 3 ulas di cincang halus
Serbuk lada sulah
Sos cili
Garam secukup rasa
Brokoli
Lobak merah
2 batang sosej ayam dipotong nipis
Seketul dada ayam dipotong dadu

Cara-caranya
Tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan butter
Tunggu sehingga naik bau,masukkan pula isi ayam yang didadu
Masukkan lada sulah,garam dan sos cil (saya tak masukkan banyak sebab anak tak makan pedas)
Letakkan sedikit air,masukkan brokoli,sosej dan lobak merah 
Tunggu bahan-bahan di atas masak barulah masukkan spiral dan campurkan
Boleh dihidangkan panas-panas..(resepi asal letak parmesan di atasnya)

TAKWIM PEPERIKSAAN 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera...pagi pagi teringat lak berapa hari bulan la anak muridku nak exam..bukan apa..hati ni takut gak sebab banyak sangat benda nak buat dengan budak budak ni lagi..godek godek website JPN dan jumpalah Takwim Peperiksaan 2013..so saya kongsikan bersama untuk panduan kita yer...saya ambil dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia ..




Bantal Busuk

Salam...ni testimoni pelanggan yang dah menempah Kusyen kaler merah dari kedai ini..khas untuk seseorang teristimewa yang meminati Manchester United..anda berminat? Jom tempah untuk yang tersayang..

Wednesday, 13 February 2013

Pesanan Pada Semua..Shila Hamzah

Salam...kesian pulak tengok rentetan percintaan Shila Hamzah dan Sharnaaz..erm...hopefully semuanya ok belaka...terbaik untuk dirinya juga keluarga....hanya Dia yang mengetahui..so dengarkan lagu Ombak Rindu versi Shila Hamzah...



Saturday, 2 February 2013

Keychain

Ceramics Tiles


CERAMIC TILES FOR YOUR LOVES..
LEAVE YOUR MESSAGE AND PHOTO..MAKE IT DIFFERENT..ORDER NOW FRIENDS!
FREE POSTAGE (SABAH SARAWAK +RM5)

DIFFERENT SIZES AND TYPES..CHOOSE YOUR CHOICE HERE

CM1

CM2

CM3

CM4

CM5

CM6

 
CM7


Mini Tee

PERSONALIZED MINI TEE..

Get decoration for your car...Comes with a hanger and suction for you to stick on the car...boleh sangkut dalam kereta ya..Special design for your loves ones...Come and get in TODAY friends...
GET YOUR OWN AT RM25 FREE POS(ADD RM5 FOR SABAH SARAWAK

Tabung



MONEY BANK RM32.00 FREE POSTAGE  (SABAH SARAWAK +rm5)

Customized Tshirt


Dapatkan customized T-shirt daripada kami pada harga yang rendah..Design sendiri ataupun kami design untuk anda mengikut citarasa anda..anda boleh tempah Couple Set T-shirt buat yang tersayang..
HARGA...RM35.00 sehelai  
FREE POSTAGE  
(SABAH SARAWAK +RM5)
MATERIAL: DRYFIT (20% cotton,80% polyster)


Special Mug


 Mahu mengabadikan perasaan dan kasih sayang anda di atas sebuah mug? Hadiahkan orang yang anda sayangi dengan mug dan ucapan istimewa di atasnya..anda juga boleh print gambar di mug pilihan anda.Terdapat beberapa jenis mug yang ditawarkan di sini.Anda boleh design sendiri ataupun kami design untuk anda.Kos design adalah percuma..so apa tunggu lagi..JOM TEMPAH

Color Mug
RM30.00 FREE POSTAGE(sabah sarawak +RM5)
Anda boleh hadiahkan kepada sesiapa sahaja..Untuk ulangtahun perkahwinan, hadiah hari lahir, konvokesyen ataupun apa sahaja.Pilih warna mug anda dan design yang dikehendaki..

Pilihan warna:
CM1 - outer pink
CM2 - outer black
CM3 - outer yellow
CM4 - outer orange
CM5 - outer blue
CM6 - outer green
CM7 - inner pink
CM8 - inner black
CM9 - inner yellow
CM10 - inner orange
CM11 - inner blue
CM12 - inner green



Magic Mug (Glossy)
RM38.00 FREE POSTAGE (SABAH SRWK +RM5)
It just like magic, bila anda menuangkan air panas ke dalam mug, gambar dan tulisan pada mug akan muncul. Nampak menarik bukan? So apa tunggu lagi jom order

PILIHAN WARNA
MM1 - HITAM
MM2 - HIJAU
MM3 - MAROON
MM4 - BIRU



Gold Mug & Glow In The Dark Mug
Looking for special gift idea? 

GLOW IN THE DARK RM36.00 free postage 
(sabah srwk +RM5)

GOLD MUG RM38.00 FREE POSTAGE
(SABAH SARAWAK +RM5)

DESIGN YOUR MUG OR WE WILL DO FOR YOUR SPECIAL 

Tempahan Cushion


HARGA? TERTAKLUK KEPADA PILIHAN MASING-MASING
Inginkan hadiah yang menarik hati? Disinilah tempatnya..anda pilih,anda design sendiri ataupun kami design untuk anda. Cuma hantarkan gambar dan tema yang diminta.
FREE POSTAGE (SABAH SARAWAK +RM5)

SILK CUSHION(WHITE) - BOTH SIDED PRINTING RM48.00
Size: 40cm X 40cm

SILK CUSHION + PHOTO & TEXT ( PILIHAN WARNA) - RM45.00
SIZE: 40cm X 40cm

SILK LOVE CUSHION - RM45.00
SIZE: 38cm X 38cm









Tudung Favourite Saya..Pearlhaya

           Mata tak boleh lelap..maka apa lagi tanganpun menari nari di atas keyboard ni..terus menaip..Pearlhaya.com...laman web tudung kegemaran saya buat masa ni...actually saya sebelum ni penggemar tegar tudung bawal..tapi selepas dapat anak kedua ni selera bertukar kepada tudung instant..hihi malas kot nak belit-belit tudung bawal...tetapi memang diakui tudung bawal cantik dipakai..
           Mengenali Pearlhaya atas suggestion kawan...betul slogannya...FEEL IT...WEAR IT..LOVE IT...Now...i just love to wear it...tudung ni ada banyak jenis...makin lawa design makin besar ongkosnya hihi...saya cuma pakai yang biasa biasa aja..harga mampu milik..chic tria..chiffon chic...dwi chic..dwi ruffles..lacey chic..single..dan chiffon ruffles pilihan saya..rasanya dah hampir 30helai tudung Pearlhaya dalam koleksi saya..awningnya memang best...labuhnya memang boleh pilih..sama ada small (P1)..medium(P2) or large (P3)...bagi tambahan huruf S didepan contohnya SP2M..melambangkan tudung tu jenis slimmer cut di bahu...
          S,M dan L merujuk kepada bentuk muka..wahhh hihi dah jadi macam duta Pearlhaya pulak kan..artis pilihan pearlhaya adalah sapa lagi kalau bukan Ana Rafalli...Pearlhaya ni ada jual gak tudung untuk kanak-kanak..Littlehaya..ada yang boleh matching ibu dan anak sekali..saya ada sepasang dengan anak..best gak pakai sedondon ni..mood happy..antara tudung favourite saya...you all kalau nak try pun ape salahnya kan..