Klik Klik Sini Jap

Thursday 13 December 2012

Percutian Di Melaka

             Hi..entri kali ni saya nak share tentang percutian keluarga di Melaka.. bertolak pagi tak pagilah hehe..saya juga bawa adik bongsu saya bersama untuk jadi baby sitter lah apa lagi.Destinasi pertama kami ialah Kota Fesyen  MITC..Sebab apa? Haha..nak makan asam pedas Melaka di Restoren Asam Pedas Ani Parit Jawa (memang sedap)..
Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak(Memang sedap)
         Sebenarnya ini kali ke tiga pergi Melaka..Tapi malam tu kami naik River Cruise Melaka untuk pertama kalinya..Kali ni kami tidur kat Hotel Syaz Meridien .. oklah not bad..memandangkan nak meneruskan perjalanan ke Johor Bahru esoknya.Sarapan disediakan,jadilah untuk alas perut.Saya memang dah booked dulu awal-awal kat Booking.com..konon-konon la takut tak dapat hotel maklumla cuti sekolah.
Possing di Hotel Syaz Meridien
           Anak sulung saya,Alisha memang suka naik beca so malam tu lepas naik River Cruise kami bawa dia naik beca pusing bandar.lebih kurang 5km dengan bayaran RM20.00..Lupa nak cerita..memandangkan tak pernah naik River Cruise tu,kami tunggu juga ler walaupun dalam hujan renyai-renyai dan barisan yang sangat panjang..rugikan kalau tak pergi..memang kagum menyelusuri Sungai Melaka waktu malam sambil melihat bangunan dan perkampungan Melaka..Kebanyakan bahagian belakang bangunan sepanjang tebing sungai dilimpahi cahaya lampu berwarna warni dan mural yang cantik..
Gambar di atas River Cruise Melaka
             Selepas naik River Cruise perut rasa lapar la pulak so kami pun singgah makan di gerai tepi Muzium Samudera..Alisha kata kapal Kapten Hook..Lama dah cari siput ni tapi tak tahu namanya..Hehe tapi bukan mengidam yer..Siput tu dibakar dan ada air asam..bab air kureng sikitla kat sini,maybe sebab tu tak ramai orang ke gerai ni..kurang sambutan..airnya tak kick..cair je..tapi layan je la sebab dah lapar.
Siput ape yer?

             


            
   

No comments:

Post a Comment