Klik Klik Sini Jap

Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Sunday, 16 December 2012

Puteri Habour Family Theme Park

           Assalammualaikum..hai hari ni tergerak hati nak surfing pasal theme park ni..Saya baru baca dalam paper 2,3 hari lepas pasal theme park ni..Wahhh.nape tak tahu yer..macam menari sebab anak saya Alisha memang suka watak-watak dalam theme park tu..Hello Kitty,Barney,Thomas memang dia suka..Dimanakah theme park ini dan harga tiketnya? Tengok bawah ni..

          So ini hasilnya yang saya dapat..bagi yang belum bercuti bawa anak-anak atau sedang terfikir-fikir maybe boleh ke sini..Cuma perkampungan LAT (kartunis tu) belum lagi buka..Maybe saya kalau ada rezeki nak bawa anak cuti sekolah tahun depan memandangkan dah bercuti sebelum ni dan bajet dah over limit..theme park tu korang boleh survey kat sini Puteri Harbour Theme Park.Attraction kat theme park ini ialah: 


PERKAMPUNGAN LAT (COMING SOON)
              
THE LITTLE BIG CLUB


SANRIO HELLO KITTY TOWN







Saturday, 15 December 2012

Percutian Ke Legoland

                  Inilah namanya percutian sakan haha..Kenapa saya kata begitu? Yelah baru je balik dari Universal Studio kami singgah pula ke Legoland Malaysia di Nusajaya Johor.On the way balik dari Johor Bahru, hubby melencong ke Legoland..Harga tiketnya saya pun tak berapa ingat..tapi kami mendapat tiket percuma untuk Alisha kerana kami bawa kotak kosong susu Dutch Lady Kid dengan pembelian satu tiket dewasa..Hubby juga menggunakan baucar Shell  yang dia dapat.Kami tak terasa sangat bayar tiket sebab kami guna Singapore Dollar yang masih berbaki di tangan.Tapi saya share info dari website rasmi Legoland ni yer..ADE REBATE UNTUK PEMEGANG MYKAD
Pada saya LEGOLAND ni memang sesuai untuk kanak-kanak tambahan yang dah bersekolah.Kita perlu datang awal untuk pastikan merasai semua game dalam ni..Ye lah kalau tak macam tak berbaloi pula kan,bayar mahal-mahal tapi tak feel the sensation of games…haha macam-macam mengarut je..First of all wahhh memang panas terik di LEGOLAND..almaklumlah tempat baru buka,pokok-pokokpun kurang..siap pakai payung lagi dalam tempat ni.



Before masuk kene study dulu map dia then baru decide nak masuk  park yang mana satu..ada 7 semuanya dalam ni..LEGO KINGDOM,LEGO TECHNIC,LEGO CITY,MINILAND,THE BEGINNING,LAND OF ADVENTURE AND IMAGINATION.Paling menarik pada saya ialah di MINILAND.kat sini kita boleh tengok bermacam-macam miniature bangunan daripada susunan LEGO.Seperti di USS, ada juga had ketinggian kanak-kanak di sini.Sebab tu saya rasa its better kalau saya bawa anak-anak bila mereka dah sekolah nanti.







Oleh sebab masukpun dah tengah hari,memang tak cukup masa dalam ni.Sayapun memang tak larat nak ikut semua games dan kasihankan Afiq berpanas, rest,sembahyang dalam surau sementara tunggu the guys habis main.Kafe kat sini boleh tahan gakla harganya…huhu souvinier dia pulak jangan cakap..for me it’s a bit expensive than USS..keychain biasa pun dekat RM20.00..erm..jangan marah pulak yer..it just my two cents..pandangan saya yang serba kekurangan..













So enjoy our picture here k..opsss sebelum terlupa..kami check hotel di Kulai..oklah sebab dah malam check sahaja hotel yang dapat..hihi..oh tanya hubby rupenya nama hotel tu Kulai City Inn Hotel..

Friday, 14 December 2012

Percutian Ke Universal Studio Singapore (USS)

          Setelah semalam berada di Melaka, kami meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.Actually kami sebenarnya join trip sekolah hubby,dia orang naik bas tapi kami follow dengan kereta memandangkan baby boy saya masih kecil lagi..tapi mamanya teringin nak pegi. Kami pergi sehari awal daripada mereka yang naik bas.


            On the way ke Johor Bahru, kami menempuh Muar..saya dan hubby singgah makan Mee Bandung Muar dan Mee Udang Banjir..Selalu juga terdengar cerita tentang Mee Bandung Muar ni so kami decide  untuk mencuba..oklah boleh tahan.Cuma rasanya lain sikit dengan mee bandung di tempat sendiri.Kami tiba di Johor Bahru waktu hampir malam.
Mee Udang Banjir Muar
Hotel memang dah booked awal-awal.Hotel bajet tapi kami memilih bilik untuk famili..oklah Hotel Zen Zheng Johor Bahru.Hotel yang sama ahli rombongan bakal menginap esoknya. Perut berkeroncong malam tu so kami hanya membeli makanan di restoren Nasi Beriyani di depan hotel sahaja..Rasanya boleh tahan sedap dan pedas kerana masakannya lebih kepada India Utara dan harganya memang berbaloi.Dalam hati saya ingatkan harganya lagi tinggi daripada itu sebab gayanya eksklusif.Oklah worth it yer..saya kene ingat balik apa nama restoren tu hehe..
Esok paginya kami sarapan dulu di restoren berdekatan dan nasib kami Alhamdulillah tidak menghampakan..Masakannya sedap, harganya murah.Kami bertolak dan sampai di Universal Studio Singapore lebih kurang pukul 11pagi.Kami round dalam tu sampai pukul 7.00 malam.

Pengalaman paling tidak dapat saya lupakan apabila masuk ke dalam studio dan merasai sendiri episode dalam Light Camera Action.Kenapalah gadis yang menunggu di pintu depan tu tak halang anak saya yang masih baby tu masuk..Sedangkan di dalam tu memang tak sesuai untuk baby masuk..so saya terpaksa tutup telinga dan mata baby saya supaya tak terkejut dengan bunyi dan aksi dalam cerita tu.Hati seakan nak bawa lari tapi tak tahu ke mana so hadap je la dan Alhamdulillah Afiq ok sahaja.





Kemudian kami round-round dalam tu sambil berpossing sakan..Ada juga la terjumpa watak-watak kartun kesukaan Alisha (anak sulung saya),so diapun posing juga lah.Makanan halal banyak je dalam ni..senang nak cari Cuma sediakan duit sahaja.Game memang tak habis pusing..



Sebagai kenangan saya dan hubby belila souvinier untuk diri sendiri.Tshirt,anak patung,keychain,frigde magnet dan juga mug.Tak pelah keluar duit sikit,sekali datang entah bila datang lagi..Cuma saya rasa,kami akan kembali lagi ke sini apabila anak-anak dah sekolah.So bolehlah mereka main sepuas-puasnya.Sebab sekarang memaang banyak game yang Alisha tak boleh ride atas sebab ketinggian..Alisha asyik minta saya nak naik roller coster padahal roller coster tu memang sangat2 horror pada saya..Huhu tak padan dengan kecilkan.





Thursday, 13 December 2012

Percutian Di Melaka

             Hi..entri kali ni saya nak share tentang percutian keluarga di Melaka.. bertolak pagi tak pagilah hehe..saya juga bawa adik bongsu saya bersama untuk jadi baby sitter lah apa lagi.Destinasi pertama kami ialah Kota Fesyen  MITC..Sebab apa? Haha..nak makan asam pedas Melaka di Restoren Asam Pedas Ani Parit Jawa (memang sedap)..
Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak(Memang sedap)
         Sebenarnya ini kali ke tiga pergi Melaka..Tapi malam tu kami naik River Cruise Melaka untuk pertama kalinya..Kali ni kami tidur kat Hotel Syaz Meridien .. oklah not bad..memandangkan nak meneruskan perjalanan ke Johor Bahru esoknya.Sarapan disediakan,jadilah untuk alas perut.Saya memang dah booked dulu awal-awal kat Booking.com..konon-konon la takut tak dapat hotel maklumla cuti sekolah.
Possing di Hotel Syaz Meridien
           Anak sulung saya,Alisha memang suka naik beca so malam tu lepas naik River Cruise kami bawa dia naik beca pusing bandar.lebih kurang 5km dengan bayaran RM20.00..Lupa nak cerita..memandangkan tak pernah naik River Cruise tu,kami tunggu juga ler walaupun dalam hujan renyai-renyai dan barisan yang sangat panjang..rugikan kalau tak pergi..memang kagum menyelusuri Sungai Melaka waktu malam sambil melihat bangunan dan perkampungan Melaka..Kebanyakan bahagian belakang bangunan sepanjang tebing sungai dilimpahi cahaya lampu berwarna warni dan mural yang cantik..
Gambar di atas River Cruise Melaka
             Selepas naik River Cruise perut rasa lapar la pulak so kami pun singgah makan di gerai tepi Muzium Samudera..Alisha kata kapal Kapten Hook..Lama dah cari siput ni tapi tak tahu namanya..Hehe tapi bukan mengidam yer..Siput tu dibakar dan ada air asam..bab air kureng sikitla kat sini,maybe sebab tu tak ramai orang ke gerai ni..kurang sambutan..airnya tak kick..cair je..tapi layan je la sebab dah lapar.
Siput ape yer?