Klik Klik Sini Jap

Friday 21 December 2012

Muhammad Afiq Rizqi

     Hai..malam-malam ni skodeng facebook hubby rupanya dia ada upload gambo anak teruna saya dah pandai naik LION die..ni kakyong dia punya dulu tapi still in good condition..memang ok sangat lagi..Afiq mama memang berani..boleh tolak ke depan ke belakang...jom tengok aksinya.

Tak sabar rasanya

Alhamdulillah..hopefully my item will arrived safely here.hehe tak sabar rasanya because it almost 3 weeks..ape dia? Hehe biarlah saya je yang tahu kot..minat ler..aritu pegi Johor Premium Outlet banyak gak beza dari segi harganya..Bekenan memang bekenan tapi mengenangkan kat online pun leh dapat lebih murah so saya shopping online sahaja lah.

Monday 17 December 2012

Blogshop Favourite Saya..

Hi semua..kali ni nak share blogshop dan fanpage yang saya selalu jamu mata dan membeli belah di alam maya ni..mostly beli baju anak-anak,tudung,batik,perfume,breastfeeding set dan lain-lain lagi..Alhamdulillah selama urusniaga ni semuanya telus dan superb.Oklah ni saya share yer kot-kot nak shopping online juga macam saya..Ada banyak lagi tapi saya dah lupa hehe..sorry yer kawan-kawan

1. Tudung bawal,kualiti memang best dan terkini..Bawalovers 
    dan Ctredzuan
2. Baju kanak-kanak dan toys..Onlinebabywear dan 
    Mylittlemiqael
3. Perfume original..Shoppingheaven.net
4. Handbag branded..Raz Aziz Collection
5. Breastfeeding Pump..Ajasu
6. Batik Lukis ada dua orang..Annbatik dan Dirabutik
7. Buku kanak-kanak..Kedaibukuonline..
8. Personalized Yassin untuk Aqiqah..Qzara
9. Baju kanak-kanak muslimah..Eija Daud
10. Tempah crochet..Fizan Sew Addict

Apa kata korangpun comment kat bawah ni blogshop yang korang rasa BEST

Sunday 16 December 2012

Resepi Brownies Cheese Cake

          Actually kek ni dah lama buat tapi just nak share resepi dengan semua..Kredit to kawan saya Nurhanim sebab sudi share dengan saya resepi ni. Alhamdulillah menjadi, untuk kali pertama buat.Cuma kalau nak sedap lagi rasanya kene kurangkan sikit kuantiti browniesnya supaya lebih rasa cheese.

RESEPI BROWNIES CHEESE CAKE

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *Ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan 
    butter+koko. Kacau sebati.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat sedikit 
    demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.  Akhir sekali      
    masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.Tinggalkan 
    sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.(saya 
    menggunakan Loyang kek boleh buka)
6. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cawan gula castor (kurangkan gula kalau nak kurang manis)
1 biji telur gred B


Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



*KREDIT TO resepi ini

Puteri Habour Family Theme Park

           Assalammualaikum..hai hari ni tergerak hati nak surfing pasal theme park ni..Saya baru baca dalam paper 2,3 hari lepas pasal theme park ni..Wahhh.nape tak tahu yer..macam menari sebab anak saya Alisha memang suka watak-watak dalam theme park tu..Hello Kitty,Barney,Thomas memang dia suka..Dimanakah theme park ini dan harga tiketnya? Tengok bawah ni..

          So ini hasilnya yang saya dapat..bagi yang belum bercuti bawa anak-anak atau sedang terfikir-fikir maybe boleh ke sini..Cuma perkampungan LAT (kartunis tu) belum lagi buka..Maybe saya kalau ada rezeki nak bawa anak cuti sekolah tahun depan memandangkan dah bercuti sebelum ni dan bajet dah over limit..theme park tu korang boleh survey kat sini Puteri Harbour Theme Park.Attraction kat theme park ini ialah: 


PERKAMPUNGAN LAT (COMING SOON)
              
THE LITTLE BIG CLUB


SANRIO HELLO KITTY TOWN