Klik Klik Sini Jap

Sunday 16 December 2012

Resepi Brownies Cheese Cake

          Actually kek ni dah lama buat tapi just nak share resepi dengan semua..Kredit to kawan saya Nurhanim sebab sudi share dengan saya resepi ni. Alhamdulillah menjadi, untuk kali pertama buat.Cuma kalau nak sedap lagi rasanya kene kurangkan sikit kuantiti browniesnya supaya lebih rasa cheese.

RESEPI BROWNIES CHEESE CAKE

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *Ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan 
    butter+koko. Kacau sebati.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat sedikit 
    demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.  Akhir sekali      
    masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.Tinggalkan 
    sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.(saya 
    menggunakan Loyang kek boleh buka)
6. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cawan gula castor (kurangkan gula kalau nak kurang manis)
1 biji telur gred B


Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



*KREDIT TO resepi ini

No comments:

Post a Comment