Klik Klik Sini Jap

Wednesday, 12 December 2012

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013

Hai..happy thursday..belum lagi berakhir cuti sekolah yer..so have fun with your family..Sebelum tu saya releasekan kalendar takwim persekolahan untuk tahun depan yer..kredit tu moe.gov.my...so kita semua bolehlah tengok jadual kerja untuk tahun depan bagi cikgu-cikgu tu yer..Selamat beramal..

"Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu 
beban" - Prof Dr Muhaya


Tuesday, 11 December 2012

12.12.12

Wahhhhhhhh...cantikkan tarikh ni..12 Disember 2012..macam-macam status facebook yang saya boleh tengok tentang 12.12.12..ada yang memilih untuk berkahwin,bertunang dan sebagainya lah..yang pasti sesuatu yang akan diingati. Apapun, ia hanyalah sekadar tarikh..Tangan saya juga non stop mencari keistimewaan tarikh 12.12.12 ni di pakcik goggle..di bawah ni hasil carian saya..Apa kata saya kongsikan pencarian menarik berlaku  bersamaan tarikh 12 Disember 2012..Actually takde makna pun kan..just sekadar info untuk kita..Wallahualam..


1. Suki One In A Million Kahwin 12.12.12 ..Kredit to www.ammboi.com
2. Wedding Boom In Hongkong And Singapore ... Kredit to themalaysianinsider
3. 58 Bulgarian Couples Wedding ... Kredit to  www.focus-fen.net

Apapun..ianya hanya sekadar tarikh..

Resepi Siakap Bakar dan Sayur Goreng Bebola Ikan

Hi..I just want to share menu saya malam ni bersama famili...petang tadi singgah kedai sekejap.Beli la ikan dan ingredients lain..So i decide nak masak ikan bakar dan sayur campur..Sayur tu memang dah ada dalam fridge.Ikan bakar? Hehe saya pun tak tau betoi ke istilahnya bakar..macam steam pun ade tapi layan je la kan..

RESEPI SIAKAP BAKAR@STEAM

RAMUANNYA:
Ikan Siakap seekor (anggaran 700gram)
Bawang besar sebiji
Bawang putih dua ulas
Limau nipis sebiji
Serai 2 batang (yang besar)
Cili kering kisar (3 sudu besar)
Minyak (untuk menggoreng)
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang untuk membalut ikan

CARA-CARANYA:
  • Bersihkan ikan dengan asam jawa
  • Kisar bawang besar,bawang putih,serai dan cili kering bersama sedikit air
  • Tumis bahan-bahan kisar sehingga masak
  • Bentangkan daun pisang,letakkan sedikit bahan tumis di atasnya kemudian letakkan ikan.
  • Saluti ikan dengan bahan tumis tadi kemudian bakar atas kuali atau pemanggang sehingga masak.
RESEPI SAYUR GORENG BEBOLA IKAN

RAMUANNYA:
Brokoli
Carrot
Batang seleri
Bebola ikan
Bawang
Kiub ayam
Sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARANYA:
  • Potong sayur mengikut kesukaan masing-masing,dan bawang untuk menumis
  • Tumis bawang sehingga layu,masukkan bebola ikan dan sedikit kiub ayam
  • Masukkan sayur dam sedikit air sehingga agak-agak masak dan sedia untuk dihidangkan.
TARAAAA...ni lah hasilnya..Mr Hubby kata sedap..


BUKTINYA? HEHE..TENGOK KAT BAWAH NI..


Monday, 10 December 2012

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2013

                    Gaji oh gaji..belum habis tahun 2012 dah keluar Jadual Pembayaran Gaji 2013..Adakah ianya saatu motivasi untuk kita? Fikir-fikirkan ye..hehe..alhamdulillah..bulan ni dapat setengah bulan bonus bulan Januari depan setengah bulan lagi..even takde anak yang sekolah lagi, bonus tu ada dah agihannya..macam-macam kan..oklah saya share jadual gaji tahun depan ye semua..


JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2013
BOLEHLAH MERANCANG APA YANG PATUT YER..

Sunday, 9 December 2012

Sedekah..


Join Contest Cipta Nama Blog

Salam..tengah-tengah malam ni blogwalking terasa lak nak join Contest ni..saja mencuba nasib hopefully mendapat perhatian tuan empunya blog..kalau anda nak join boleh jugak..mari klik Contest Cipta Nama Blog ..So ini  adalah cadangan saya...


Pemberian Hadiah

Salam...hati terasa nak menulis sesuatu..ya tentunya berkaitan dengan blog saya ini..hehe

PEMBERIAN HADIAH...Simple kan tajuknya tapi sebenarnya memberikan seribu erti..

Sebelum bermula..cuba kita ingat kembali.Berapa kalikah kita telah memberi hadiah kepada orang yang kita kenali? Terutamanya ibu kita? Suami kita? Mahupun rakan-rakan kita?

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda: " Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang"

Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita saling memberi hadiah walaupun sedikit. Hadiah tidak dilihat dari nilai duniawinya tetapi lebih kepada maknawi.
Kehidupan para ulama juga penuh dengan perkara seperti ini. Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.

Betapa pentingnya kita untuk menghargai orang lain dengan cara memberi sesuatu tanpa mengira berapakah nilai yang kita beri mahupun yang kita bakal terima.Yang penting, keikhlasan dalam hati masing-masing.Wallahualam