Assalammualaikum..salam Jumaat buat semua..Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang bernafas di bumiNya ini..Jumaat muncul lagi...Jumaat membawa seribu erti..
Jumaat penghulu segala hari,
Jumaat hari yang dinanti,
Terima kasih Allah atas rahmatMu
Beriku peluang selagi ada waktu..
Semoga yang salah dapat dibetulkan,
Yang betul dapat diperelokkan,
Semoga apa yang berlaku jadi pedoman,
Kepadamu Allah kumohon keberkatan..
Amin ya rabbal alamin..
Thursday, 28 February 2013
Tuesday, 26 February 2013
Sunday, 24 February 2013
Alhamdulillah..syukur Ya allah
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menghirup udara segar sampai ke hari ini..Melewati angka 8tahun bergelar guru..hari ini saya menerima ucapan tahniah daripada beberapa orang rakan di sekolah yang terlebih dahulu mengetahui berita ini..Alhamdulillah sekali lagi..Jabatan Pelajaran Perak telah meluluskan permohonan naik gred ke DG44 dan memanjangkan permohonan ke JPN...
Hanya senarai nama yang baru keluar..dulu naik gred kene tunggu 10 tahun dan lebih tapi kali ni 8 tahun dah boleh..tak sabarnya menunggu surat dari KPM..semoga semuanya berjalan lancar..Oh lupa pulak...encik hubby pun sama jugak..tahun ni tahun ke 9 mengajar...nama hubby pun ada dalam senarai..so sama-sama kita tunggu yer surat hitam putihnya hihi...

Thursday, 21 February 2013
MUHYIDDIN MINTA SEKTOR AWAM TUNGGU 'BERITA BAIK' PM
Kredit To:
Sinar Harian
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk diumumkan.
"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.
"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.
"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.
Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.
Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.
Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.
Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.
"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.
"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.
Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.
Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.
Sinar Harian
JAMILAH HAMZAH
21 Februari 2013

Saturday, 16 February 2013
Resepi Spiral Goreng
Hari ni menu sarapan perabih apa yang ada..godek godek resepi dalam internet banyak yang tak de so saya olah ikut suka dan sesedap rasa...
Resepi Spiral Goreng
Bahan-bahannya
1/4 bungkus spiral San Remo
Sedikit butter untuk menumis
Bawang besar selabu di potong dadu
Bawang putih 3 ulas di cincang halus
Serbuk lada sulah
Sos cili
Garam secukup rasa
Brokoli
Lobak merah
2 batang sosej ayam dipotong nipis
Seketul dada ayam dipotong dadu
Cara-caranya
Tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan butter
Tunggu sehingga naik bau,masukkan pula isi ayam yang didadu
Masukkan lada sulah,garam dan sos cil (saya tak masukkan banyak sebab anak tak makan pedas)
Letakkan sedikit air,masukkan brokoli,sosej dan lobak merah
Tunggu bahan-bahan di atas masak barulah masukkan spiral dan campurkan
Boleh dihidangkan panas-panas..(resepi asal letak parmesan di atasnya)
TAKWIM PEPERIKSAAN 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera...pagi pagi teringat lak berapa hari bulan la anak muridku nak exam..bukan apa..hati ni takut gak sebab banyak sangat benda nak buat dengan budak budak ni lagi..godek godek website JPN dan jumpalah Takwim Peperiksaan 2013..so saya kongsikan bersama untuk panduan kita yer...saya ambil dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia ..
Bantal Busuk
Salam...ni testimoni pelanggan yang dah menempah Kusyen kaler merah dari kedai ini..khas untuk seseorang teristimewa yang meminati Manchester United..anda berminat? Jom tempah untuk yang tersayang..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)