Klik Klik Sini Jap

Saturday 15 December 2012

CONTEST SAYA SAYANG KAMU SAHABATKU

       Blog walking lagi malam ni dah nampak satu contest menarik..Would like to join it...huhu sebab saya baru sahaja kehilangan sahabat baik saya..tajuk contest tu..

         Salam sayang untuk sahabat yang saya amat sayangi.Hari ini saya kehilangannya kerana dia telah bertukar tempat kerja..Saya, Hamizah Binti Hamid amat menyayangi sahabat saya..Suzana Binti Muhamad.Dia lebih tua dari saya 7 tahun..

         Saya menganggapnya umpama kakak,dia seorang guru Bahasa Melayu yang amat dedikasi mendidik anak bangsa.Orangnya berkulit hitam manis,telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan.Orangnya berasal dari Terengganu,saya. amat gemar masakan specialnya nasi dagang.
     Saya sayang kak Su kerana dia amat mengambil berat diri saya,berkongsi masalah dengan saya,penat,lelah,suka duka,senyum,tangis pun bersama.Dia tidak pernah membuat saya marah malahan amat bersabar dengan saya.Walaupun telah bertukat tempat kerja saya harap persahabatan kami tidak akan terputus begitu sahaja.
Pucuk Pauh Delima Batu
Anak Sembilang Di Tapak Tangan
Walau Jauh Beribu Batu
Hilang Di Mata Di Hati Jangan

1 comment: